Aku percaya setiap individu itu mempunyai pendapat
masing-masing. Mungkin berbeza daripada apa yang aku ada. Mungkin lebih HEBAT daripada yang aku ketahui. Ini kerana aku percaya lahirnya satu pendapat itu daripada pengalaman
hidup.
Pengalaman aku dan mereka berbeza. Aku membesar dari latar belakang keluarga yang unik. Aku berdarah campuran. Iban, Cina, dan Melanau. Membesar dalam keluarga yang besar dan sederhana mempengaruhi pendapat aku tentang kehidupan. Selepas SPM, aku menjejakkan kakiku ke Kolej Matrikulasi dan Universiti. Kemudian, aku berkhidmat sebagai guru sandaran lalu diserap untuk menduduki program peguruan. Sungguh cantik susunan hidup aku. Cara aku melihat kehidupan mungkin berbeza dari individu lain. Mungkin pekara itu remeh bagi mereka, tetapi satu titik kehidupan yang besar untuk aku. Pendapat aku tidak semestinya betul, dan tak semestinya salah. Aku jadikan blog ini sebagai medan untuk aku mencoret pendapat aku dan menilai semula untuk menjadi individu yang lebih positif dari semua aspek.
Aku seorang guru, ibu, isteri dan anak. Peranan ini juga membentuk pendapat-pendapat aku. Siapa aku hari ini adalah hasil keputusan yang lahir daripada pendapat aku yang dulu. Sebahagian besarnya bukan sesuatu yang aku banggakan. Aku juga sesat dalam keindahan dunia suatu ketika.
Aku bukan siapa-siapa. Aku cuba berniat untuk membantu. Membantu diriku sendiri untuk menjadi individu yang lebih positif. Aku mungkin sebatang mancis, tetapi jangan lupa, mancis mampu menerangi kegelapan walau
sesaat.
No comments:
Post a Comment