Tuesday, October 4, 2016

Buah Fikiran 1: Teguhkan hati saya sebagai guru dan ibu



Bila guru sudah tidak lagi boleh dipercayai, apa agaknya jadi dengan anak2 generasi muda?

Saya sedar akan fakta bahawa wujudnya kes2 pecah amanah yang melibatkan guru. Tapi, jangan kerana nila setitis, rosak susu sebelanga. Kesian kami cikgu yang setiap hari turun ke sekolah untuk membimbing anak murid. Kami bagai lipas kudung, berlari-lari untuk memuas kehendak semua pihak. Kadang2 anak2 murid terpinggir. So, who to blame? Saya selalu dengar soalan ini dipersoalkan oleh rakan2. Saya pun sudah merasa bebannya, p bagi saya for what bertanya, if sudah tahu tidak akan dijawap. Buat jela dah tanggungjawab. Itu yang saya selalu beritahu diri saya untuk pujuk diri.

Tapi, kini terasa diri ni makin sudah tidak lagi dipercayai. Kaki dh semakin longlai untuk merancang pdp yang menarik utk murid. Di mana silapnya? Semangat itu makin lesap. Kesian anak murid. Apakah nasib anak aku kelak pn akan begini?

Takkan kerana segelintir dr kami cuai, semua kami terpaksa menanggung beban? Mana keadilannya?

Kami pn manusia, buat silap. Dari kesilapan itu, kami belajar. Apa masyarakat harap kami cikgu, kami berhenti belajar? Kami belajar, di samping kami mengajar. Kami belajar agar generasi muda sentiasa menerima benda baharu dr kami. Ada di antara kami berusaha menjaga diri agar masih berada di laluan yang dipinta. Tapi, apa yang dipinta? Ambil gambar untuk dijadikan bukti. Bayangkan, saya ngajar, ambik gambar, ngajar, ambil gambar..wahhh, persoalannya tercapaikah objektif? Cemerlang sangat ke bila ambil gambar? P anak murid sampai darjah 3 masih lagi linus, darjah lima, tulisan masih macam murid tahun satu. Guru begitu yg mahu dihasilkan?

Banyak betul isu nak diluahkan, berat rasa hati, berat rasa bahu. Saya tidak mahu kata2 manis, cukup sekadar mula ambil tindakan. Bela hak murid untuk dapat pendidikan yang sempurna. Bukan menyusahkan guru dengan lambakan kerja online yg perlu diofflinekan. Bukannya paperwork yang xlagi releven dlm dunia alaf baru ni. Sediakan persekitaran belajar yang sempurna. Bukannya lantai kelas yang berlubang2, dinding yang bertampung2. Kurangkan bilangan murid per guru. Pasal lupus kira, kenapa harus dilupuskan? Sedangkan kami guru ngajar kitar semula?

Please somebody, help me. Pegangan saya sebagai guru semakin goyah. Saya selalu berdoa agar hati ini tetap tabah demi anak murid, tetapi saban hari, saya rasa jasad saya dibebani dgn tugasan yang tidak boleh diungkap dengan kata2. Kesian anak murid saya, kesian anak2 saya kelak.

Sediakan pdp yang seronok untuk mereka. Bagaimana? Guru harus seronok bekerja. Bagaimana? Usah bebankan kami dengan limpahan tugas yang tiada kaitan dengan ngajar. Kami guru, kami ngajar. Kami bukan baby sitter, cleaner, juruhias, jurugambar dll. Cuba pinta juruterbang jadi inspektor kesihatan jap, cek jamban ada tak potensi denggi. Cuba pinta doktor jadi pelukis mural. Tak cakap lagi pasal bajet sedia bbm. Nak bbm yg menarik perlu bajet, biasa cikgu beli kelengkapan sendiri. Ikhlas nak bagi anak murid berminat belajar. But then, apa yg kami dpt? Rasa sangsi akan niat kami guru?


Persoalan demi persoalan. Adakah hanya melalui keputusan upsr, pt3 dan spm itu kejayaan kami diukur? Kejayaan kami mendidik anak buta huruf menjadi bijak membaca bukan satu kejayaan? Kejayaan kami mengajar anak murid tentang nilai tanggungjawab juga bukan ukuran? Kejayaan kami mendidik anak merancang itu juga bukan sesuatu yg perlu dilihat? Penat mendidik, kami dikatakan goyang kaki tunggu loceng berbunyi.

Kemiskinan akhlak murid sekarang berpunca dr ini semua. Mereka penat belajar, tetapi tidak dihargai. Hanya dihargai apabila mereka hanya mendapat banyak A dlm ujian awam. Tidakkah ini juga berlaku pada guru? Kami penat berhempas pulas mendidik anak dari tahun 1, tiba2 tahun 6, murid dapat straight A, agak siapa yg dpt pujian? Guru yg hanya mengajar atau kenal murid itu pada tahun 6. Mana kemanisan mengajar di situ? Lembu punya susu, sapi dapat nama. Anak ibarat kain putih. Dia takkan jadi warna-warni kalau tidak dicoret warna sedikit demi sedikit. Dilimpah satu tin cat merah, merahlahnya. Bila dicoret satu demi satu, tidak mustahil akan terciptanya pelangi.

Ya, keluar pula dasar guru penyayang. We all syg anak murid. Tak perlu nak ambik gambar bersalam dgn murid, tunggu murid depan pintu pagar, sebab kami syg la kami nak anak pandai. Nak anak pandai, jgn sangsi dgn kami guru. Kami marah, sbb kami sayang, kami ambil tahu, ambil kisah. Cuba bayangkan kalau cikgu langsung tak marah, tak ambil kisah, itu baru tak sayang namanya. Takkan nak cium dia dah dia tak hantar kerja rumah? Nanti kes cabul pulak.

Mungkin ada yg akan kecam saya selepas ini, tapi ini cara saya kurangkan beban di hati. Ini pendapat saya, setuju atau tidak, saya percaya masing2 ada sebab tersendiri. Murid tahun 2 pn sudah diajar kemahiran memberi pendapat yea, inikn pula yg dh hidup puluhan tahun ni.


Friday, June 10, 2016

Aku Percaya..

Aku percaya setiap individu itu mempunyai pendapat masing-masing. Mungkin berbeza daripada apa yang aku ada. Mungkin lebih HEBAT daripada yang aku ketahui. Ini kerana aku percaya lahirnya satu pendapat itu daripada pengalaman hidup

Pengalaman aku dan mereka berbeza. Aku membesar dari latar belakang keluarga yang unik. Aku berdarah campuran. Iban, Cina, dan Melanau. Membesar dalam keluarga yang besar dan sederhana mempengaruhi pendapat aku tentang kehidupan. Selepas SPM, aku menjejakkan kakiku ke Kolej Matrikulasi dan Universiti. Kemudian, aku berkhidmat sebagai guru sandaran lalu diserap untuk menduduki program peguruan. Sungguh cantik susunan hidup aku. Cara aku melihat kehidupan mungkin berbeza dari individu lain. Mungkin pekara itu remeh bagi mereka, tetapi satu titik kehidupan yang besar untuk aku. Pendapat aku tidak semestinya betul, dan tak semestinya salah. Aku jadikan blog ini sebagai medan untuk aku mencoret pendapat aku dan menilai semula untuk menjadi individu yang lebih positif dari semua aspek.

Aku seorang guru, ibu, isteri dan anak. Peranan ini juga membentuk pendapat-pendapat aku. Siapa aku hari ini adalah hasil keputusan yang lahir daripada pendapat aku yang dulu. Sebahagian besarnya bukan sesuatu yang aku banggakan. Aku juga sesat dalam keindahan dunia suatu ketika.


Aku bukan siapa-siapa. Aku cuba berniat untuk membantu. Membantu diriku sendiri untuk menjadi individu yang lebih positif. Aku mungkin sebatang mancis, tetapi jangan lupa, mancis mampu menerangi kegelapan walau sesaat.